Assalamulaikum & Salam Sejahtera
Seperti yang diketahui oleh ramai pengusaha perniagaan berasas makanan (kilang/restoran/kafe/hotel/kantin sekolah etc) program Latihan Pengendali Makanan (LPM/Food Handler Course) telah mula dilaksanakan sejak 1996 bersempena dengan Sukan Komanwel 1998. Tujuan utamanya ialah untuk mengelakkan kejadian keracunan makanan (food poisoning).
Syarikat kami Tenggara Dermaga telah diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai sebuah sekolah latihan pengendali Makanan (SLPM) yang ditugaskan untuk mengendalikan program latihan pengendali makanan (LPM/Food Handler Course) dan telah terlibat dalam program ini sejak tahun 2004. Kami kekal aktif walaupun sambutan kursus ini banyak bergantung kepada proses penguatkuasaan (enforcement) oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT/Municipal Council) yang berkenaaan seperti MBPJ,DBKL,MPK dan terutamanya ketika permohonan baru Lesen Premis Perniagaan.
Keadaan ini akan berubah kerana pada 28 Februari 2009, Peraturan Kebersihan Makanan (PKM) 2009 telah diwartakan dan dijangka akan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2010. Antara yang terkandung didalam PKM 2009 ini ialah;
- Setiap Pengendali Makanan (Food Handler) wajib menghadiri Latihan Pengendali Makanan (Food Handler Course) daripada institusi latihan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (Ministry of Health)
- Jika tidak menjalani latihan atau tidak memiliki sijil latihan ,boleh denda tidak melebihi RM 10,000.00 atau dipenjara tidak melebihi dua (2) tahun.
Kami sering ditanya, siapakah yang perlu hadir kursus ini? Jawapannya ialah semua Pengendali Makanan.
Jadi siapakah pengendali makanan?(Who is Food Handler?): Pengendali Makanan termasuklah mana-mana orang yang terlibat secara langsung dalam penyediaan makanan;menyentuh makanan atau permukaan yang menyentuh makanan;mengendali makanan berbungkus atau tidak dibungkus,atau perkakas dalam mana-mana premis makanan(food premise).
Food premise(Premis makanan):means premises used for or in connection with the preparation,preservation,packaging,storage,conveyance,distribution or sale of any food, or the relabelling, reprocessing or reconditioning of any food. (Malaysian Food Act 1983(Act 281) & regulations)
Kami telah diarahkan oleh KKM dalam taklimat pada Khamis 2 April 2009 untuk menjalankan kursus dengan kadar segera bagi menyokong penguatkuasaan peruntukan dibawah PKM 2009. Sebagai SLPM kami akan mengeluarkan Sijil Latihan kepada pengendali makanan yang telah menghadiri kursus dan data kehadiran kursus akan dikemukakan kepada Jabatan Kesihatan Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan.
Sebagai menyokong PKM 2009 kearah meningkatkan pengetahuan dan kesedaran pengendali makanan dan seterusnya menurunkan risiko kejadian penyakit bawaan makan dan air kami kami akan menjalankan kursus dengan dua (2) kaedah, Ini adalah untuk memberikan kemudahan (convinient and hassle-free) kepada pelanggan kami (our customer);
- (A) Kursus dijalankan di dua pusat latihan kami di (1) 5-9, 5th Floor, The One Avenue,Dataran Pelangi Utama, PJU 6A, Jalan Masjid 47400 dan di (2) 47-1, Jalan Batu Nilam 4, Bandar Bukit Tinggi, 41200 Klang.
- Kursus boleh dijalankan di tempat pelanggan atau dimana-mana yang dipastikan sesuai.

Kepada para pengusaha perniagaan makanan (food related business) diharap dapat bersama-sama kami dalam menaiktaraf tahap kebersihan dan keselamatan makanan untuk kebaikan bersama!. Kami akan memastikan proses ini akan dijalankan dalam keadaan mesra pelanggan (customer friendly) untuk faedah anda dan juga bakal pelanggan anda.
Together we can make our food is hyginenic and safe for all!
Wassalam/Regards
Budiman Jaafar (BJ)


warm-hearted answers i like it
Dear Retna,
Kursus selama 3 jam, bayaran rm50.00,sijil selewat-lewatnya 1 minggu selepas menghadiri kursus. Untuk daftar email kepada saya jumlah peserta, dan lokasi anda. Saya akan balas secepat mungkin.
Dear Luntid,
Boleh perjelaskan kenyataan anda ini untuk tindakan selanjutnya bagi pihak kami untuk kebaikan semua.
Terima kasih.
Dear Bruce,
Thank you for your positive feedback.
perlu menyemak:)
Just want to say what a great blog you got here!
I’ve been around for quite a lot of time, but finally decided to show my appreciation of your work!
Thumbs up, and keep it going!
Cheers
Christian, iwspo.net
Just want to say what a great blog you got here!
I’ve been around for quite a lot of time, but finally decided to show my appreciation of your work!
Thumbs up, and keep it going!
Cheers
Christian,Diet Guide!
Just want to say what a great blog you got here!
I’ve been around for quite a lot of time, but finally decided to show my appreciation of your work!
Thumbs up, and keep it going!
Cheers
Christian,Earn Free Vouchers / Cash